Fauzi Abdul Rahman

Datuk Fauzi Abdul Rahman dilahirkan pada 27 Ogos 1946 di Galing Besar, Kuantan, Pahang merupakan ahli Parlimen Indera Mahkota. Beliau juga merupakan anak kepada Dato’ Abdul Rahman Talib, bekas Menteri Pelajaran (era Tunku Abdul Rahman Putra). Malah beliau juga memegang jawatan sebagai ahli Parlimen Kuantan, Pahang.

Kerjaya:

  • 1990 : Merupakan bekas Ketua Bahagian UMNO Kuantan dan mula bertanding kerusi parlimen Kuantan pada pilihanraya ke-8
  • 1990-1995 : Setiausaha Parlimen di Kementerian Penerangan 
  • 1995-1997 : Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi 
  • 1997-1999 : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 
  • 1995-2004 : Ahli DUN Beserah 
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P82 Indera Mahkota

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P84 Paya Besar N17 Sungai Lembing

Pendidikan:

  • Lepasan Imperial College, Universiti of London dalam bidang Kejuruteraan Mineral