Tan Yee Kew

Maklumat Diri
Tarikh lahir
14/2/1953
Pasangan
 Dr Low Sew Ming
Anak
2 anak

Datin Paduka Dr Tan Yee Kew merupakan Ahli Parlimen Wangsa Maju dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2008.

Ibu kepada dua cahaya mata ini dilahirkan pada 14 Februari 1953,  sebelum ini menyokong parti MCA dan pernah memenangi kerusi Parlimen Klang atas tiket Barisan Nasional (BN) sekali gus menjadi Ahli Parlimen Klang selama tiga penggal iaitu dari tahun 1995-1999, 1999-2004 dan 2004-2008.

Pada tahun 2004, beliau dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz. Beliau berkhidmat sebagai setiausaha politik sehingga tamat penggal iaitu pada tahun 2008.

Bukan itu sahaja, wanita hebat ini juga pernah dilantik Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Wanita MCA pada 1996 hingga 2005 dan AJK Pusat MCA pada 1990-2005.

Dalam bidang pendidikan, beliau merupakan graduan Universiti Malaya berkelulusan peringkat Doktor Falsafah (PhD) Pengajian Pembangunan Universiti Malaya (UM) pada 1990.  Sebelum itu, beliau melanjutkan pengajian Sarjana (Econ) Wilayah Planning di University of Wales tahun 1980 dan Diploma Pascasiswazah di University of Reading, United Kingdom tahun 1978 serta berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik University of the Punjab pada tahun 1975.

Semasa menyertai MCA, beliau dilantik Timbalan Pengerusi Kebangsaan Wanita MCA pada 1996 hingga 2005.

Pada tahun 2008, beliau mengumumkan keluar daripada parti BN-MCA dan menyertai PKR.

Beliau bertanding buat pertama kalinya dalam parti baharu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 (PRU-13) di Parlimen Tanjong Malim namun demikian beliau ditumpas oleh penyandang parlimen itu.

Pada PRU 2018 beliau kembali bertanding di Parlimen Wangsa Maju bagi mengganti penyandangnya sebelum ini Tan Kee Kwong dari PKR yang tidak bertanding.

Beliau menang kerusi tersebut dengan mendapat 42,178 undian ketika menentang Yew Teong Look daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 17,940 undi. Majoriti undi sebanyak 24,238.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ahli Parlimen PH gesa tubuh Jawatankuasa Bipartisan KL 2024

Ahli Parlimen PH bantah penutupan taman awam di Kuala Lumpur

Mereka amat cekap potong air, tapi...


 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Wangsa Maju (2018-kini)
  • Ahli Parlimen Klang (1995- 2008)
  • Setiausaha politik MITI (2004-2008)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Bendahari (2014-2018)
  • Ahli Biro Politik (2009-2018)
  • Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) 2009-2018
  • Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (2013-2014)
  • Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Wanita MCA (1996-2005)
  •  AJK Pusat MCA (1990-2005)
Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Doktor Falsafah (PhD) Pengajian Pembangunan Universiti Malaya (1990)
  • Sarjana (Econ) Wilayah Planning di University of Wales (1980)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Politik University of the Punjab (1975)
  • Diploma Pascasiswazah di University of Reading, United Kingdom (1978)

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P110 Klang
  • PRU13- P77 Tanjong Malim
  • PRU14- P116 Wangsa Maju

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan Tan Yee Kew

    Video Berkaitan Tan Yee Kew