Dr Mansor Othman merupakan ahli politik PKR dari Pulau Pinang, Malaysia yang memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang pada 3 Jun 2009 selepas memenangi pilihan raya kecil Penanti, hingga Pilihan Raya Umum ke-13. Beliau adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang.