Abd. Latiff Ahmad

Datuk Dr Abdul Latiff dilahirkan pada 9 Julai 1958 adalah Ahli Parlimen Mersing selama tiga penggal dan merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar setelah dilantik pada 20 Mac 2020.

Beliau merupakan ahli parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dari gabungan Perikatan Nasional di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Abdul Latiff telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) pada tahun 1995. 


Beliau bertukar kepada politik persekutuan pada tahun 1999 dan seterusnya berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia (1999 hingga 2004), Timbalan Menteri Kesihatan (2004 hingga 2010) dan Timbalan Menteri Pertahanan (2010 hingga 2013). 

Beliau telah digugurkan daripada kementerian Datuk Seri Najib Razak selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, dan kemudiannya dilantik sebagai pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), sebuah syarikat pemaju perumahan milik kerajaan.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)  (2013 – 30 Januari 2019)

Jawatan yang pernah disandang

  • Menteri Pembangunan Luar Bandar setelah dilantik pada (20 Mac 2020-kini)
  • Timbalan Menteri Pertahanan  (2010 hingga 2013)
  • Timbalan Menteri Kesihatan (2004 hingga 2010)
  • Timbalan Menteri Sumber Manusia (1999 hingga 2004)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P154 Mersing
  • PRU13- P154 Mersing
  • PRU14- P154 Mersing

Kerusi Bertanding DUN: Tiada