Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein (lahir 5 Ogos 1961) ialah seorang ahli politik dan ahli UMNO. Beliau telah berkhidmat dalam kerajaan Malaysia sebagai Menteri Pertahanan Malaysia sejak 2013 hingga kini. Sebelum ini beliau ialah Menteri Pelajaran dari tahun 2004-2009. Beliau ialah anak kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn dan anak saudara Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak.