Wan Azizah Wan Ismail

Maklumat Diri
Asal
Hospital Kandang Kerbau, Singapura
Tarikh lahir
3/12/1952
Pasangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Anak
6 anak

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail lebih mesra dengan panggilan Kak Wan merupakan wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 2018 hingga tahun 2020.

Isteri kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ini merupakan Ahli Parlimen Pandan Selangor sejak menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau juga antara orang penting dalam penubuhan Parti Keadilan Nasional (kini PKR) pada 4 April 1999 dan memegang jawatan sebagai presiden selepas Anwar dipecat dan ditahan pada 20 September 1998.

Selepas Anwar dibebaskan pada tahun 2008, beliau dilantik oleh partinya sebagai Penasihat Umum (de facto) sehingga tahun 2015 setelah menjadi ketua pembangkang di Dewan Rakyat dari Mac 2008 hingga 31 Julai 2008 dan kemudian dari Mei 2015 hingga Mei 2018.

Beliau telah meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang pauh pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil.

Pada 1 April 2015, Anwar disabitkan bersalah diatas kesalahan meliwat pembantu peribadinya dan telah dihukum penjara 5 tahun. 

Ini menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang. SPR telah menetapkan 7 Mei 2015 sebagai hari pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh 2015. 

Pada 8 Mei 2015, Wan Azizah berjaya memenangi kerusi tersebut dan dilantik sekali lagi sebagai Ketua Pembangkang yang baharu dengan majoriti 8,841 undi menewaskan calon dari Barisan Nasional, Shabudin Yahya dan dua orang calon bebas.

Seterusnya pada PRU14, beliau menang bertanding di Parlimen Pandan dengan mendapat  64,733 undian dalam pertembungan lima penjuru.

Beliau berjaya menewaskan Leong Kok Wee daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 12,190 undi dengan majoriti undi sebanyak 52,543.

Dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura, ibu kepada enam anak ini pernah menjadi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat selepas tersenarai Kabinet yang diumumkan oleh pada 2018.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar, kemudian meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. 

Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland pada tahun 1973 di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi. Semasa di universiti, beliau menerima anugerah Pingat Emas MacNoughton-Jones.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti Malaya. 

Beliau kemudian telah berhenti daripada kerjayanya pada 1993 apabila Anwar dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri ke- 7 pada 1993.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Pandan (2018 hingga kini)
  • Timbalan Perdana Menteri (2018 - 2020)
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2018-2020)
  • Ahli Parlimen Permatang Pauh (2015-2018)
  • ADUN Kajang (2014-2018)
  • Pakar mata swasta
  • Doktor

Jawatan disandang dalam politik:

  • Penasihat PKR (kini)
  • Ketua Pembangkang Parlimen (2015-2018)
  • Presiden PKR (1999-2008)
Pendidikan:
  • Ijazah dalam bidang perubatan di Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland (1973)
  • Kolej Tunku Kurshiah Seremban
  • Sekolah Convent St Nicholas, Alor Setar
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P44 Permatang Pauh
  • PRU12- P44 Permatang Pauh
  • PRU14- P100 Pandan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan Wan Azizah Wan Ismail