Brig. Jen. Haji Khairy bin Datuk Seri Haji Jamaluddin (lahir pada 10 Januari 1976 di Kuwait) merupakan ahli politik Malaysia yang menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ahli Parlimen Rembau. Beliau merupakan Ketua UMNO Cawangan Gadong, Rembau. Beliau juga merupakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.