Laiman Ikin

Sebelum menjadi ahli politik sepenuh masa, beliau pernah melalui pelbagai pengalaman dalam hidup. Beliau pernah menjadi guru agama, penolong pegawai penguatkuasa agama, pendakwa di Mahkamah Syariah, kaunselor dan kemudian menjadi pengetua Rumah Anak Yatim Tambunan. Malah sebelum melanjutkan pelajaran di universiti, beliau juga pernah menjadi penjual ikan dan pemandu kereta pick-up, sejenis kenderaan untuk pengangkutan awam paling popular di Kota Belud. Dalam banyak perkara, beliau bertindak sebagai pelopor. Beliau adalah orang pertama dari Kota Belud yang belajar sekolah agama di Semenanjung atas biaya sendiri.

Selepas itu, ramai yang mengikuti jejak langkahnya. Selain itu, beliau adalah seorang yang aktif dalam pergerakan belia dan masyarakat sejak masih berada di bangku sekolah lagi. Seorang ahli pidato dan pemimpin masyarakat yang disegani, kini beliau meneruskan perjuangan dalam bidang sahsiah di bawah bendera Parti Islam Se Malaysia (PAS) sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sabah. 

Bagi memenuhi seruan perjuangan, beliau menceburi bidang politik sepenuh masa. Mulanya Awang Laiman bertanding kerusi Tempasuk atas tiket PKR. Tetapi kemudian,dalam pilihanraya 2013,beliau bertanding semula kawasan DUN Tempasuk atas tiket PAS tetapi kurang bernasib baik.Walaupun mengalami pahit getir perjuangan, beliau tetap istiqamah. Sejak 2011, Awang Laiman dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sabah.

Bertugas sebagai guru agama di SUI Merabau dari tahun 1985 hingga 1986.

Sekembalinya ke tanahair dari Mesir, Awang Laiman bertugas sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa dan Pendakwa di Mahkamah Syariah.

Selepas itu, beliau menjadi kaunselor di Rumah Anak Yatim Tambunan dan kemudian menjadi Pengetua Rumah Anak Yatim (RAY)Tambunan sejak 2001 hingga 2008. 

Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P169 Kota Belud

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P169 Kota Belud N6 Tempasuk
  • PRU13- P169 Kota Belud N6 Tempasuk

Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Tamau pada tahun 1968 hingga 1973.

Melanjutkan pelajaran di peringkat `bridge class' di GSS Taun Gusi.

Selepas itu melanjutkan pendidikan di SMK Arshad dari Form 1 hingga Form 3 hingga menduduki peperiksaan Lower Certificate of Education.

Kemudian beliau beralih kepada pendidikan agama dan memasuki Madrasah An Nuar, Taun Gusi dan tidak lama kemudian, Awang Laiman melanjutkan pelajaran di Madrasah Khairiah, Pokok Sena, Pulau Pinang dari tahun 1980-1985.

Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al Azhar, Kaherah Mesir pada 1989-1993.