Abdullah Husin

Yang Berhormat Ustaz Abdullah Hussin adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti PAS. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Johor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lajnah Pekerja & Pengguna PAS Pusat dan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor. Kerajaan Negeri Johor telah melantik beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Johor bermula tahun 2013 sehingga kini. Beliau juga telah memimpin Dewan Ulamak PAS Negeri Johor sejak tahun 1997 sehingga tahun 2017 selama 20 tahun.

  • Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
  • Timbalan Pengerusi Lajnah Pekerja & Pengguna PAS Pusat  
  • Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor
  • Ahli Jawatankuasa Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Johor bermula tahun 2013 sehingga kini.
  • Dewan Ulamak PAS Negeri Johor
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P158 Tebrau

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P151 Simpang Renggam N26 Machap
  • PRU12- P151 Simpang Renggam N26 Machap
  • PRU13- P158 Tebrau N41 Puteri Wangsa
  • PRU14- P158 Tebrau N41 Puteri Wangsa

TIADA MAKLUMAT