Normala Sudirman

Bekas guru, Normala Sudirman merupakan calon Pas di DUN Pemanis pada Pilihan Raya Umum ke 14.

Sebelum diangkat sebagai calon, Normala telah dikenali ramai kerana sebelum ini pernah dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang pada 2011 dan pertama kali beliau ceburi bidang politik serta calon PRU ke 13.

Lebih mesra dengan panggilan cikgu Mala, pernah bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, yang kemudiannya meletak jawatan untuk bertanding di PRK Tenang.

Beliau merupakan Ketua Muslimat Pas kawasan Labis mengemari buku agama dan perjuangan nasionalisme malah di waktu lapang, lebih menghabiskan masa dengan membaca.

Telah mendirikan rumah tangga bersama Maarof Abdul Mutalib, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Nur Hasanatul Fadillah, Muhammad Aiman Zulhakim dan Muhammad Irfan Mukhlis.

Memiliki kelulusan Diploma Maktab Perguruan Tuanku Bainon Pulau Pinang, beliau juga Exco Pendidikan Pas pusat turut membabitkan diri dalam pertubuhan kebajikan seperti menjadi Setiausaha Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dan Pemulihan Kanak-Kanak Buta Huruf 3M, Penyelaras Program Pemulihan Khas dan Intervensi (PINCH), AJK Bimbingan dan Kaunseling, AJK Kantin Sekolah.
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pendidik

Jawatan disandang dalam politik;

  • Exco Pendidikan Pas pusat 
  • Ketua Muslimat Pas kawasan Labis 

Pembabitan dalam pertubuhan kebajikan;

  • Setiausaha Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dan Pemulihan Kanak-Kanak Buta Huruf 3M
  • Penyelaras Program Pemulihan Khas dan Intervensi (PINCH)
  • AJK Bimbingan dan Kaunseling
  • AJK Kantin Sekolah
Pendidikan:
  • Diploma Maktab Perguruan Tuanku Bainon Pulau Pinang
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P141 Sekijang N3 Pemanis
  • PRU14- P141 Sekijang N3 Pemanis