Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansor (lahir 20 Disember 1950) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO demi mengambil alih Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad pada 20 Mac 2008. Sebelum itu beliau pernah menjawat sebagai Menteri Pelancongan Malaysia.