Ir Mohd Haslin Hassan adalah ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Selangor dan Yang Dipertua PAS Kawasan Sepang. Beliau juga Pengarah Urusan Saf Sepakat Sdn Bhd.