Mohd Shafie Ngah

Ustaz Haji Mohd Shafie Ngah adalah ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Selangor bertanding atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Serdang dan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor. Pada peringkat kerajaan negeri, beliau adalah Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

Jawatan yang pernah disandang

  • 1990 - 1992: Pensyarah UITM Shah Alam
  • 1992 - 1994: Pensyarah sambilan Universiti Malaya 
  • 1995 - 2013: Peguam Syarie
  • 2011 - 2013: Pengurus & Peguam Syarie kepada Tetuan Shafie Ngah & Associates (Peguambela & PeguamCara Syariah) 
  • 1995 - 2010: Partner kepada Tetuan A.B.,Sidek & Co (Peguambela & Peguamcara) sebagai Ketua Jabatan Syariah Petaling Jaya 
  • 2006 - 2013: Consultant untuk Mohd Jamal Awang Agency (MAA Insurance & Takaful) Kuala Lumpur 
  • 2007 - 2008: Penasihat Syariah untuk Perniagaan Tajeri (Trading & Construction) Kuala Lumpur 
  • 2007 - 2008: Consultant untuk As-Syafiey Runding (Perunding Wasiat), Kuala Lumpur 
  • 1999 - kini: Ahli Persatuan Peguam Syarie Malaysia 
  • 1999: Ahli Jawatankuasa Protem, Persatuan Peguam Syarie Malaysia
  • 2000 - 2005: Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Surau Al-Ehsan, Jalan 2, Bandar Baru Bangi 
  • 2005 - 2013: Ahli Jawatankuasa, Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi 
  • 2005 - 2013: Pengerusi, Persatuan Penduduk Jalan 7/3 Bandar Baru Bangi
  • 2008 - 2013: Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang 
  • 2008 - kini: Adun Bangi
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P102 Bangi

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P102 Serdang N26 Bangi

Pendidikan Tertinggi

 Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Malaya