Zaidy Abdul Talib

Zaidy bin Abdul Talib adalah ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor dan Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor.

Jawatan yang pernah disandang

  • 2013 - kini: Adun Taman Templar, Selangor
  • Pensyarah kejuruteraan
  • Jurutera di sebuah syarikat teknologi Avionic
  • Pengurus Projek syarikat pemasaran dalam pembangunan perisian 
  • Pemilik syarikat yang memfokuskan pembangunan perisian sistem maklumat.
  • Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
  • Penolong Setiausaha PAS Cawangan Subang
  • Ketua Penerangan Pemuda PAS Subang
  • Exco Dewan Pemuda PAS Selangor
  • Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
  • Ketua Dewan Pemuda PAS Selayang
  • Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia
  • Ketua Penerangan PAS Selangor 
  • Yang Di-Pertua (YDP) PAS kawasan Selayang
  • Bendahari PAS Selangor.
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P97 Selayang N15 Taman Templar
  • PRU14- P97 Selayang N15 Taman Templer

Pendidikan

  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bera
  • SMK Temerloh
  • Sarjana Muda (Kepujian) Fakulti Sains (Fizik), Universiti Malaya
  • Diploma Tasawwur Islam, Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM)
  • Sarjana muda syariah di Universiti Islam Negeri Sultan Sharif Kasim 2 (UIN SUSKA).