Muhammad Rashid Muhammad Kassim

Beliau merupakan pegawai penyelaras Dun Jeram Kerajaan Negeri Selangor; Yang Dipertua PAS; Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional; Ketua Cawangan Bandar Malawati; Ahli Badan Khairat Bandar Baru dan pernah menjadi calon PRU13 yang lalu.

Cikgu Rashid memulakan kerjaya sebagai guru di SK Dato Manan, Tanjong Karang.
 
Meskipun selesa dengan kerjaya sebagai Guru Besar di SK Bandar Utama Damansara 2, namun anak jati Kuala Selangor itu mengambil keputusan bersara awal untuk menceburi politik sepenuh masa sebagai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Jeram.
 
Penglibatan dalam pelbagai aktiviti masyarakat termasuk menjadi timbalan nazir masjid, bilal jenazah kariah Masjid Daerah Kuala Selangor dan penceramah jemputan turut membolehkannya menerima anugerah Pingat Jasa Kebaktian DYMMM Sultan Selangor (2010) dan anugerah kecemerlangan dalan bidang pendidikan.

Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P96 Kuala Selangor N12 Jeram
  • PRU14- P96 Kuala Selangor N10 Bukit Melawati

Pendidikan awal di SK Kampung Pandan, Kuala Lumpur

Beliau meneruskan pengajian di SM Aminuddin Baki sebelum melanjutkan ke Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.