Tan Sri Datuk Seri Haji Noh bin Omar (lahir 23 Februari 1958 - kini) merupakan ahli kabinet yang menjawat jawatan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Beliau juga adalah bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri,Timbalan Menteri Pelajaran, dan Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri.