Mohamed Fadzli Hassan

Yang Berhormat Dato' Dr Mohammad Fadzli Dato' Hassan adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Kelantan dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat serta Timbalan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hal Asasi Manusia PAS Pusat.
 

Pencapaian
Kerjaya:

Adun Temangan: 2013 – 2017

Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P29 Machang N34 Temangan
  • PRU13- P29 Machang N34 Temangan
  • PRU14- P29 Machang N34 Temangan