Abdul Azziz Kadir

Maklumat Diri
Tarikh lahir
30/10/1952
Pasangan
Nor‘Aini Mustapha
Anak
Mohd Fariz, Farizatun Asma', Zu Shimalain, Zatun Nithaqaini, Eisy Humaira

Tiga penggal bertahan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat di bawah Parlimen Bachok, Kelantan membuatkan Abdul Azziz Kadir sukar digugat calon parti lawan.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, bekas guru yang mesra dengan panggil Cikgu Azziz ini memperoleh 12,463 undian ketika menentang calon Barisan Nasional (BN) Mohd Radzuan Hamat yang mendapat undi 9,968.

Beliau yang berhadapan dengan pertembungan tiga penjuru turut dicabar calon Pakatan Harapan, Mohd Fami Zakaria yang mendapat 1,425 undian.

Setelah 27 tahun berkhidmat sebagai guru, Cikgu Azziz mengambil keputusan nekad bertanding pada PRU12.

Beliau yang bersara sebagai pendidik pada 2006 mula dilantik sebagai AJK Pemuda Pas Kawasan Bachok pada 1979.

Perjalanan politik pemilik Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan, Universiti Malaya ini mula cerah apabila menjadi Naib Ketua Pemuda Pas Bachok selepas itu.

Bekas guru SMK Kedai Lalat, Kota Bharu ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Gunong, Bachok, Kelantan sebelum melanjutkan ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gunong.

Cikgu Azziz kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan Kesusasteraan sebelum mengambil Diploma Pendidikan di universiti sama pada 1978.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Nor‘Aini Mustapha dan dikurniakan lima cahayamata.

Nor'Aini ialah Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Bachok yang menjawat jawatan itu pada 2005 hingga kini.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Guru SMK Kedai Lalat, Kota Bharu (1978)
  • Guru Sementara, SMK Badak, Bachok (1974)

Jawatan dalam parti:

  • Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Bachok (2005 hingga kini)
  • Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Bachok (1992-2005)
  • Naib Ketua Pemuda Pas Bachok (1986-1992)
  • Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas Kawasan Bachok (1979-1986)
  • Ketua Cawangan Gunong
  • Timbalan Pengerusi MTD Jelawat (2001-2005)
  • Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Jelawat (2005 hingga kini)
  • Penyelia DUN Jelawat (2005-2007)
  • Pengarah Pilihanraya Umum DUN Jelawat (1986, 1999, 2004)
  • Setiausaha MTD Jelawat (1981-2001)

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • ADUN Jelawat (Mac 2008 hingga kini)
Pendidikan:
  • Diploma Pendidikan Universiti Malaya (1978)
  • Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Universiti Malaya (1977)
  • SM Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan
  • SK Sri Gunong, Bachok, Kelantan 
  • SMK Sri Gunong, Bachok, Kelantan 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P25 Bachok N22 Jelawat
  • PRU13- P25 Bachok N22 Jelawat
  • PRU14- P25 Bachok N22 Jelawat