Mumtaz Md Nawi

Yang Berhormat Hajjah Mumtaz Md Nawi adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan
 

Pencapaian
Kerjaya:

Mumtaz merupakan seorang peguam bela dan peguam cara sehingga berjaya memiliki firma guaman sendiri atas nama Mumtaz Nawi & Co. Pada 2007, isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak menjadi menyampaikan selempang 'Tokoh Beliawanis 2007' dan wang tunai RM2,000, jam khas dan sijil.

Beliau menjadi pakar rujuk Undang-undang RTM dan juga NGO serta panel pelbagai forum perdana termasuk Debat Perdana yang pernah disiarkan di RTM.
 

Pendidikan:

Dalam Penilaian Sekolah Rendah mendapat 5A, SRP (6 agregat), SMU (9 agregat), SPM (6 agregat). Penerima Anugerah Hadiah Buku bagi pencapaian akademik cemerlang dan berbagai anugerah lain termasuk Pelajar Cemerlang Yayasan Islam Kelantan 1990.

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P24 Kubang Kerian N19 Demit
  • PRU14- P24 Kubang Kerian N19 Demit