Yang Berhormat Tuan Rozi Muhamad adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Setiausaha PAS Kawasan Rantau Panjang.