Hanifa Ahmad

Yang Berhormat Datuk Haji Hanifa bin Ahmad adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Pasir, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan . Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur,Utiliti dan Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri Kelantan.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir diplomatik. Jawatannya yang pertama sebagai Penolong Pegawai Daerah Temerloh pada 1972. Menjadi pegawai pembangunan di Negeri Sembilan, Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri.
  • Pada 1969 - 1978 beliau menjadi ahli sosiologis bagi perunding Enex of New Zealand yang membuat kajian berkaitan Kelantan River Base Study. Pada 1982 - 1990 menjalankan perniagaan sendiri di Kuala Lumpur.
  • Pada 1991 menyertai Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan sebagai Pengurus Besar KBC Sdn Bhd, kemudian sebagai Pengurus Besar Damai Sdn Bhd dan pada 1999 hingga 2001 dilantik Timbalan Ketua Eksekutif PKINK. Pada 2001 sehingga 23 November lalu menerajui PKINK sebagai Ketua Eksekutif. Ketika di bawah teraju anak-anak syarikat PKINK
Pendidikan:

Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim, kemudian melanjut pengajian ke Kolej CIMA di Kuala Lumpur dan meneruskan pendidikan tinggi di Universiti Malaya, mendapat BA Hons.

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P22 Pasir Mas N12 Pengkalan Pasir
  • PRU13- P22 Pasir Mas N12 Pengkalan Pasir
  • PRU14- P22 Pasir Mas N12 Pengkalan Pasir