Ahmad Tarmizi Sulaiman

Maklumat Diri
Asal
Kampung Pau Sik , Kedah
Tarikh lahir
7/8/1976
Anak
4 anak

Pernah menerima anugerah Tokoh Belia Sejahtera Kedah pada tahun 2012, merupakan satu bonus kepada Ahmad Tarmizi Sulaiman mendekati golongan muda selain menyantuni masyarakat.

Rentetan itu, anak kelahiran Kampung Pau Sik ini membuat kemunculan pertama kali pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan bertanding di Parlimen Sik mewakili Pas.

Berusia 45 tahun, beliau yang mendapat kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dari Universiti Malaya berjaya mendapat 20,088 undi semasa PRU14.

Dalam pertembungan tiga penjuru itu, beliau menentang Mansor Abd Rahman daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 14,870 undi. 

Turut bertanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azli Uda mendapat 6,970 undi.

Jumlah majoriti dalam pertembungan merekodkan sebanyak 5,218.

Selain itu, pada 16 Mei 2021, beliau dilantik Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

Beliau juga pernah dilantik Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen (Pac), Jawatankuasa All Party Parliamentary Group Malaysia - Refugees Policy, Jawatankuasa Pilihan Khas Pertanian Dan Perdagangan Dalam Negeri Parlimen Malaysia dan Ahli Kumpulan Fokus Parlimen - Pembangunan Dan Kemajuan Felda.

Bukan itu sahaja, bapa kepada empat anak ini dilantik Pengerusi Yayasan Isra' Malaysia, Ahli International Parliamentary For Al Quds, Palestine, Timbalan Pengerusi Lujnah Pengguna Dan Pekerja Pas Pusat dan Ahli Jawatankuasa Pasrelief International.

Sebelum bergiat aktif dalam politik, Ahmad Tarmizi merupakan guru pendidikan siswazah malah memiliki Diploma Amalan Guaman Syariah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan
Diploma Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab, Institut Perguruan Darul Aman (IPDA). 

Di peringkat politik, beliau kini memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Sik.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ahli Parlimen Sik dilantik Pengerusi MADA

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Sik (2018 hingga kini)
  • Guru Pendidikan Siswazah, Kementerian Pendidikan Malaysia 

Lantikan GLC dan agensi:

  • Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) (Mei 2021 hingga kini)
  • Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen (Pac) 
  • Jawatankuasa All Party Parliamentary Group Malaysia - Refugees Policy 
  • Jawatankuasa Pilihan Khas Pertanian Dan Perdagangan Dalam Negeri Parlimen Malaysia. 
  • Ahli Kumpulan Fokus Parlimen - Pembangunan Dan Kemajuan Felda
  • Pengerusi Yayasan Isra' Malaysia
  • Ahli International Parliamentary For Al Quds, Palestine 

Jawatan disandang dalam politik:

  • Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Sik
  • Timbalan Pengerusi Lujnah Pengguna Dan Pekerja Pas Pusat 
  • Ahli Jawatankuasa Pasrelief International 

Penglibatan badan bukan kerajaan:

  • Mantan Naib Presiden Mapim Malaysia
  • Penasihat Persatuan Nelayan Tasik Gubir Sik
  • Penasihat Persatuan Petani Lestari Dan Penternak Jaya Daerah Sik

Anugerah:

  • Tokoh Belia Sejahtera Kedah (2012)
Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Ijazah Sarjana Muda Syariah & Undang-Undang, Universiti Malaya
  • Diploma In Syariah Law & Practice, UIAM
  • Diploma Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab, Institut Perguruan Darul Aman (IPDA)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P13 Sik

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P13 Sik N24 Jeneri

Artikel Berkaitan Ahmad Tarmizi Sulaiman

    Video Berkaitan Ahmad Tarmizi Sulaiman