Phahrolrazi Mohd Zawawi

Usia: 65 tahun

Status perkahwinan: Berkahwin

Bilangan Anak: 7 Orang

Jawatan politik: Mantan Adun Pengkalan Kundur / AJK Amanah Peringkat Nasional / Timbalan Pengerusi Amanah Kedah

NGO: Pengerusi PASMA Malaysia

 

Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi merupakan ahli politik Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah yang juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor. Selepas menang Pilihan raya umum Malaysia 2008 beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga. Di peringkat akar umbi, beliau adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Kedah dan beliau telah menyertai Parti Amanah Negara yang merupakan sebuah parti diketuai oleh Mohamad Sabu.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Di antara pengalaman-pengalaman beliau setelah mendapat ijazah dari UTM adalah Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR), Pemaju Perumahan, kontraktor binaan dan jurutera perunding.
  • Setelah menang pilihan raya umum 2008, beliau telah dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Kerjaraya.
  • Kemudian selepas itu dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga.
  • Pada 12 April 2008, beliau dilantik menjadi Ahli Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).[3]
  • Dalam Pilihan raya 1999, beliau menang bertanding di N17 Pengkalan Kundor dengan majoriti 675 undi .
  • Tetapi kalah dalam Pilihan raya 2004 kepada calon BN/UMNO Mohd Jamil Idrus yang mendapat 12,584 undi. Sementara Phahrolrazi Mohd. Zawawi (Pas) mendapat 9,155 undi.
  • Dalam Pilihan raya 2008, beliau menang bertanding di kawasan N17 N17 Pengkalan Kundor dengan 12,575 undi. Sementara Mohd Jamil bin Hj Md Idross dari BN/UMNO mendapat 9,453 undi.
Pendidikan:
  • Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda (Hons) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
  • Ijazah Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P10 Kuala Kedah N17 Pengkalan Kundor
  • PRU12- P10 Kuala Kedah N17 Pengkalan Kundor
  • PRU13- P10 Kuala Kedah N17 Pengkalan Kundor
  • PRU14- P9 Alor Setar N14 Alor Mengkudu