Yang Berhormat Datuk Ir Amiruddin Hamzah adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit dan Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Kedah bertanding di atas tiket PAS pada pilihan raya ke-13. Walau bagaimanapun, beliau telah keluar dari PAS dan masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 26 November 2017. Sebelum ini, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Negeri Kedah.