Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah merupakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli bermula pada 10 Mac 2020.
Beliau pernah menjadi presiden Majlis Belia Malaysia bermula pada 2005 hingga kini merangkap Ahli Parlimen Lenggong sejak 2008 atas tiket Barisan Nasional (BN).
Pada 31 Januari 2008, di dalam Majlis Anugerah Belia Negara 2007, beliau pernah dinobatkan Tokoh Belia Lelaki 2007 bersama-sama dengan Datuk Suraya Yaacob yang dinobatkan Tokoh Belia Wanita 2007.
Anak jati Lenggong ini dilahirkan pada 1 Jun 1967 telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Hamisah Hussin.
Berpengalaman luas dalam bidang politik, beliau dilantik Ketua Penerangan UMNO Malaysia sejak 2018 dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.