Reezal Merican Naina Merican

Bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyandang jawatan sebagai ZMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada era Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini beliau diberikan kepercayaan menjadi Menteri Belia dan Sukan oleh Perdana Menteri ke lapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Reezal Merican pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Luar Malaysia semasa era pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (Barisan Nasional) dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dilahirkan pada 29 Julai 1972, beliau merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang meneruskan khidmat baktinya sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (MTPNg) sejak tahun 2020 sehingga kini.

Penglibatan dalam bidang politik, beliau merupakan ahli Barisan Nasional kini menganggotai Majlis Tertinggi UMNO Pusat.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Belia dan Sukan (2020-kini)
  • Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (2020-kini)
  • Ahli Parlimen Kepala Batas (2013-kini)
  • Timbalan Menteri Luar Negeri (2015-2018)
  • Pengerusi Amanah Raya Berhad (2014-2016)
  • Setiausaha Politik kepada Menteri (2008-2009)
  • Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan (2004-2008)
  • Setiausaha Politik kepada Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (1999-2000)
  • Pengarah Eksekutif Advantgarde Resources Berhad (1999-2000)
  • Penolong Pengurus Kuwait Ijarah House (1997-1999)
  • Pegawai Eksekutif Bank Industry Malaysia Berhad (1995-1997)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Anggota Majlis Tertinggi (2013-kini)
  • Ketua Penerangan Pemuda (2009-2013)
  • Ahli EXCO Pemuda (2004-2009)

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:

  • Penasihat GPMS (2008)
  • Presiden GPMS (2004-2008)
  • Naib Presiden GPMS (2000-2004)
Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Ijazah Sarjana Kemanusiaan, Bahasa Arab dan Kesusasteraan, UIAM
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P41 Kepala Batas
  • PRU14- P41 Kepala Batas

Kerusi Bertanding DUN: Tiada