Mohd Nassuruddin Daud

Maklumat Diri
Asal
Kampung Meranti
Tarikh lahir
4/10/1965
Pasangan
Ustazah Datin Wan Nor Hanita Wan Yaacob

Bekas guru, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menyandang ADUN Meranti Kelantan merangkap EXCO Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta.

Beliau menerajui kepimpinan di DUN Meranti sejak 1995 juga adalah Ketua Penerangan Pas Kelantan.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, pernah dilantik Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Pas Pusat, serta Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Pusat.

Beliau mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Al-Azhar Mesir selepas tamat pengajian di Maahad Muhammadi (L) Kota Bharu.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Arab Pasir Mas ini aktif dalam kemasyarakatan dan pernah dilantik Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SM Arab Tarbiah Diniah Meranti dan Pengerusi PIBG Maahad Tahfiz Darul Umum, Meranti.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Mohd Nassuruddin daripada Pas mengekalkan kemenangan dengan mendapat 10,318 undian ketika menentang Ahmad Anuar Husin daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 4,218 undi. Majoriti undi sebanyak 6,100.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Semua pihak perlu berlapang dada, hentikan pertelingkahan'

Kelantan sedia kerjasama naik taraf 12 pos kawalan PGA

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Meranti (1995-kini)
  • EXCO Kerajaan Negeri (2013-kini)
  • Speaker DUN Kelantan (2008-2013)
  • Timbalan Speaker DUN Kelantan (2005-2008)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Penerangan Pas Kelantan (kini)
  • Bekas Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Pas Pusat
  • Bekas Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Pusat
  • Pengerusi MTD Meranti
  • Bekas Yang dipertua Pas Kawasan Rantau Panjang
Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Universiti Al-Azhar Mesir
  • Maahad Muhammadi (L) Kota Bharu
  • Sekolah Menengah Arab Pasir Mas
  • Sekolah Kebangsaan Meranti
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P23 Rantau Panjang N14 Meranti
  • PRU12- P23 Rantau Panjang N14 Meranti
  • PRU13- P23 Rantau Panjang N14 Meranti
  • PRU14- P22 Pasir Mas N13 Meranti

Artikel Berkaitan Mohd Nassuruddin Daud

    Video Berkaitan Mohd Nassuruddin Daud