Mohamed Hanipa Maidin adalah ahli politik Malaysia dari Parti Amanah Negara. Beliau merupakan Ahli Parlimen Sepang, Selangor. Di peringkat parti, beliau merupakan AJK Tertinggi Parti Amanah Negara. Dalam PRU13, Mohamed Hanipa Maidin bertanding di Parlimen Sepang mendapat 36774 undi mengalahkan Mohd Zin bin Mohamed (BN) dengan 1104 majoriti. Beliau memiliki firma Mohamed Hanipa & Associates sejak 1997.