Hamzah Abdullah

Maklumat Diri
Telefon
0148632025
Email
[email protected]
Asal
Kampung Karamunting, Sandakan
Tarikh lahir
4/6/1954

Bekas Pesuruhjaya Pas Sabah yang juga pengasas Pas Sabah, Hamzah Abdullah bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi pada 5 Disember 2020.

Berusia 67 tahun, Hamzah sudah menyertai tujuh pilihan raya sebelum ini termasuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, bertanding atas tiket Pas dengan memperoleh 9,287 undi.

Anak jati Sandakan ini sudah berkecimpung dalam arena politik sejak 36 tahun lalu.

Bagaimana pun beliau meninggalkan parti itu atas sebab perbezaan pandangan dengan pimpinan Pas selepas pemergian Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang mana pendekatan yang diambil Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang yang menggantikan almarhum Fadzil Noor.

Hamzah yang merupakan bangsa suku Brunei mengakui beliau hilang keyakinan dengan prinsip perjuangan Pas setelah melihat Hadi berhubung rapat dengan UMNO sedangkan pimpinan Pas  terdahulu tidak bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO selepas pemecatan Pas daripada Barisan Nasional (BN) pada 1978..

Beliau kemudiannya diberi penghormatan oleh pimpinan Amanah pusat bagi mengasaskan Parti Amanah Negara (Amanah) Sabah.

Selepas Amanah menang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 bersama PH, beliau mendakwa telah dianiaya dan ditikam dari belakang oleh beberapa individu dalam Amanah yang tamak kuasa.

Hamzah kemudiannya keluar daripada Amanah dan bergerak sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana parti.

Oleh itu, pada PRK Batu Sapi, beliau bertanding sebagai calon Bebas kerana tidak mahu terikat pada peraturan parti walaupun sebelum ini pernah menjadi pemimpin kepada dua parti.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Sub Editor Sabah Times (1979)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Pengasas Amanah Sabah (2015)
  • Pengasas Pas Sabah (1986)
  • Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sabah
  • Bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat Sekong

Pembabitan dalam persatuan:

  • Naib Pengerusi Malaysian Islamic Study Group, United Kingdom dan Eire
  • Timbalan Presiden, Majlis Persatuan Pelajar Malaysia, United Kingdom dan Eire
  • Presiden Kesatuan Pelajar Sabah, United Kingdom (1981)
  • Mewakili ABIM Sabah ke Perhimpunan World Asembly of Muslim Youth , Selangor (1979)
  • Pengasas ABIM Sabah (1978)

Pengalaman bertanding pilihan raya:

  • 2020 - Calon Bebas PRK P185 Batu Sapi
  • 2019 - Calon Bebas PRK P186 Sandakan 
  • 2018 - Calon Amanah P185 Batu Sapi
  • 2013 - Calon Pas P185 Batu Sapi
  • 1990 - Calon USNO DUN Labuk, Sandakan
  • 1988 - Calon Pas DUN Sekong
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Sains Psikologi, Middlesex University, London
  • Diploma Pemtadbiran Awam, YS-ITM
  • Sijil Pengajian Islam & Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Mesir
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P185 Batu Sapi
  • PRU14- P185 Batu Sapi
  • PRU14- P186 Sandakan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan Hamzah Abdullah

    Video Berkaitan Hamzah Abdullah