Salahuddin Ayub

Datuk Seri Salahuddin Ayub dilahirkan pada 1 Disember 1961, beliau dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dari Parti Amanah Negara berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan kemenangan beliau di Parlimen Pulai pada tahun 2018. 

Beliau meletak jawatan sebagai menteri portfolio tersebut pada 24 Februari 2020.

Dilahirkan pada 1 Disember 1961 di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor berketurunan peranakan Melayu-Cina.

Mendirikan rumah tangga dengan isterinya Fatimah Taha yang dikahwini pada tahun 1985 dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Serkat, Pontian (1967-1973). Kemudian, beliau menyambung ke peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Inggeris Teluk Kerang, Pontian (1974-1976) dan di Sekolah Menengah Sri Perhentian, Pontian (1977-1978) sehingga tamat pengajian tingkatan 5, meneruskan pengajian ke peringkat tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat, Pontian (1979-1980). 

Beliau juga mengikuti pendidikan agama di Sekolah Agama Kerajaan Johor dengan lulus Kelas Darjah Khas pada tahun 1977. 

Selepas tamat pengajian di alam persekolahan, beliau seterusnya mengikuti program Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983) dan meneruskan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda BSc. (Sains Pembangunan Manusia) di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1984.

Beliau pernah dilantik setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Pontian 1981 hingga 1983.

Dalam pada itu, beliau menceburi bidang politik sepenuh masa pada 1983 dan dilantik Naib Yang Dipertua PAS Pontian (1983-1987), Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian (1987-1989), Ketua Dewan Pemuda PAS Johor (1989-1999), Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (1991-1995), Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (1997-1999), Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003), Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2003-2009), Naib Presiden PAS Pusat (2009-2015).

Selepas itu, beliau lompat parti kepada Parti Amaah pada 2015 dan dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

Semasa Pilihan Raya Umum ke 14, beliau bertanding kerusi DUN Simpang Jeram Muar dan Parlimen Pulai atas tiket Amanah dan memenangi kedua-dua kerusi tersebut. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pegawai kewangan di MUI Bank pada 1980

Jawatan disandang dalam politik;

  • Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) (2015-kini)
  • Naib Presiden bagi Majlis Presiden Pakatan Harapan (2015)
  • Naib Presiden PAS Pusat (2009-2015)
  • Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2003-2009)
  • Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003)
  • Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001)
  • Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (1997-1999)
  • Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997)
  • Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (1991-1995)
  • Ketua Dewan Pemuda PAS Johor (1989-1999)
  • Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian (1987-1989)
  • Naib Yang Dipertua PAS Pontian (1983-1987)
Pendidikan:
  • Ijazah BSc. (Sains Pembangunan Manusia) di Universiti Putra Malaysia (UPM) (1984)
  • Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P161 Pulai
  • PRU14- P161 Pulai

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P162 Gelang Patah N49 Nusa Jaya
  • PRU14- P145 Bakri N13 Simpang Jeram