Nasrudin Hassan

Ustaz Haji Nasrudin bin Hassan Tantawi lahir pada 24 November 1970 di Kampung Batu 13 Besut Terengganu merupakan Ahli Politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh, Pahang bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Ketua Penerangan PAS.

  • 1992-1994 :Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) Tanta
  • 1992-1996 :Pengerusi Majlis Yang diPertua DPM Gabungan Muhafazah
  • 2001-2007 :Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang dan Timbalan Yang di Pertua PAS Kawasan Rompin Pahang
  • 2000-2009 :EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat
  • 2009- kini :Ahli Majlis Syura Ulamak Pas
  • 2013-2015 :Ahli Parlimen Temerloh, Pahang

 

Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P86 Maran
  • PRU13- P88 Temerloh
  • PRU14- P82 Indera Mahkota

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P91 Rompin N40 Bukit Ibam
  • Sek Ren Keb Felda Keratong 4 & 5 Pahang Darul Makmur         
  • Sek Men Dato’ Mahmud Mat Tanah Putih Pekan Pahang Darul Makmur
  • Sek Men Dato’ Abdul Samad Tanjung Ipoh Kuala Pilah Negeri Sembilan
  • Maktab Ittibai’s Sunnah Kuala Pilah Negeri Sembilan
  • Madrasah Ad Diniah al Bakriah Pasir Tumboh Kelantan Darul Naim
  • Maahad Fathul Islami Damascus Syria
  • Universiti Al Azhar Tanta Mesir