Wan Hassan Mohd Ramli

Maklumat Diri
Tarikh lahir
7/7/1957
Pasangan
Wan Nusaibah Asiah

Memenangi kerusi Parlimen Dungun, Terengganu dua penggal berturut-turut sudah cukup membukti beliau satu nama besar dan disayangi penduduk setempat.

Wan Hassan Mohd Ramli memperoleh kemenangan mudah setelah mengalahkan calon daripada parti lawan dengan mendapat jumlah undi majoriti 13,119.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Beliau berjaya meraih undi sebanyak 40,850 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Adam Din yang mendapat 27,731 dan calon Pakatan Harapan (PH), Abdul Rahman Yusof (6,833). 

Dilahirkan pada 17 Julai 1957, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerangau, Bukit Besi dan melanjutkan peringkat menengah di Sekolah Inggeris Dungun, Terengganu.

Beliau kemudiannya menyambung pengajian di Pusat Pengajian Taman Islam, Chukai, Terengganu dan berpindah ke Pondok Pasir Tumboh, Kelantan.

Pernah berkhidmat di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Wan Hassan merupakan mantan Exco Pelancongan Sukan dan Kebudayaan Terengganu selama lima tahun.

Menyentuh hal politik, beliau merupakan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun. 

Kini, Wan Hassan merupakan Yang Dipertua Pas Dungun.

Beliau turut memegang jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS Terengganu dan AJK Badan Perhubungan Pas Terengganu.
 
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura ini mendirikan rumah tangga bersama Wan Nusaibah Asiah dan dikurniakan seorang cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN:

MP Dungun disamun, rugi RM26,000


 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Dungun
  • ADUN Sura
  • Exco Pelancongan Sukan dan Kebudayaan Negeri Terengganu (1999-2004)
  • Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri 

Jawatan dalam politik:

  • AJK Badan Perhubungan Pas Terengganu 
  • AJK Dewan Pemuda Pas Terengganu
  • Ketua Dewan Pemuda Pas Dungun
  • YDP Pas Dungun
Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Pondok Pasir Tumboh, Pasir Tumboh, Kelantan
  • Pusat Pengajian Taman Islam, Chukai, Terengganu
  • Sekolah Inggeris Dungun, Terengganu
  • SK Jerangau, Bukit Besi, Terengganu
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P39 Dungun
  • PRU14- P39 Dungun

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P39 Dungun N27 Sura
  • PRU12- P39 Dungun N27 Sura

Artikel Berkaitan Wan Hassan Mohd Ramli

    Video Berkaitan Wan Hassan Mohd Ramli