Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (dilahirkan pada 14 Januari 1955) adalah ahli politik Terengganu dengan latarbelakang selaku ahli pakar jurubina/arkitek terkenal dari Terengganu, Malaysia.
Beliau merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Terengganu. Parti Amanah Negara diwujudkan pada tahun 2015 selepas mengambil alih Parti Pekerja Pekerja Malaysia.
Raja Kamarul Bahrin pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Perhotelan (MAH) dan salah seorang Ahli Badan Warisan Malaysia. Beliau adalah pengerusi kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka.
Beliau dengan rasminya disenarai sebagai calon parti berkenaan di Parlimen Kuala Terengganu pada 9 April 2013 iaitu PRU13.
Pada 21 Ogos 2015, beliau diisytihar sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baharu Terengganu. Beliau menerima tawaran menerajui Harapan Baharu di Terengganu kerana yakin dengan masa depan gerakan berkenaan