Takiyuddin Hassan

Datuk Haji Takiyuddin bin Hassan atau Dato' Taki adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari PAS yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan. Di peringkat parti, beliau merupakan Setiausaha Agung PAS dan Ketua Whip Ahli Parlimen PAS. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Beliau menjadi ADUN Bunut Payong semenjak pilihan raya umum 1998 lagi.

Beliau menjadi ADUN Bunut Payong semenjak pilihan raya umum 1998 lagi.

Pada 24 November 2009, beliau dilantik menjadi sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS. Beliau akan membantu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dalam hal-hal berkaitan pendaftaran ahli baru PAS, pendaftaran pertubuhan berkaitan PAS dan hal ehwal pakatan rakyat.

Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P21 Kota Bharu
  • PRU14- P21 Kota Bharu

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P21 Kota Bharu N10 Bunut Payong
  • PRU12- P21 Kota Bharu N10 Bunut Payong

Beliau merupakan lulusan Universiti Malaya