Kamarudin Bin Jaffar ialah ahli Parlimen P019 Tumpat, Kelantan.
Kamaruddin Jaafar seangkatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memajukan Angkatan Belia Islam dan Yayasan Anda Akademik di Lembah Pantai berdekatan dengan Universiti Malaya.
Semasa Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan menjadi Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau antara pemimpin utama ABIM yang bertawakal menyertai UMNO dengan niat mentarbiahkan UMNO dari dalam. Ketika inilah beliau dilantik menjadi pengerusi Institut Kajian Dasar, satu badan pemikir yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.