Datuk Zahidi Zainul Abidin (lahir 9 Januari 1961 - kini) merupakan ahli politik Malaysia yang memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Padang Pesar, Padang Besar, Perlis semenjak 18 Oktober 2008. Datuk juga memegang jawatan Pengerusi dalam Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM). Pada tahun 2012, beliau telah dipilih memegang jawatan Timbalan Pengerusi Umno Perlis dan telah dicalonkan pada PRU13 pada 5 Mei 2013.