Liew Vui Keong

Datuk Liew Vui Keong adalah seorang ahli politik Malaysia dari parti Parti Liberal Demokratik (LDP), sebuah parti komponen Barisan Nasional. Beliau kini merupakan Ahli Parlimen Sandakan, Sabah. Beliau juga merupakan Presiden LDP.
 

  • Datuk VK Liew kini merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dijalankan di Istana Negara.
  • Beliau memiliki latar belakang undang-undang.
  • Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I (Perdagangan Antarabangsa) di bawah menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
     
Parti Gabungan: Parti Warisan Sabah
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P186 Sandakan
  • PRU13- P186 Sandakan
  • PRU14- P185 Batu Sapi

Kerusi Bertanding DUN: Tiada