Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (lahir 10 Julai 1972) ialah ahli politik Malaysia. Beliau kini merupakan Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Parlimen Papar di Sabah, mewakili parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau adalah Timbalan Menteri Kerja Raya dalam kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN).