Joseph Pairin Kitingan

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (dilahirkan pada 17 Ogos 1940 di Papar, Sabah) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-7. Beliau memegang jawatan ini dari April 1985 hingga Mac 1994. Kini beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah dan memegang kedua-dua jawatan ini sejak Mac 2004.

Pairin pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Kota Kinabalu, sebuah sekolah lelaki di Kota Kinabalu.Beliau memperolehi biasiswa Rancangan Colombo dan melanjutkan pelajaran di Universiti Adelaide dalam jurusan undang-undang dan selepas itu beliau pulang ke Sabah untuk bekerja sebagai Peguam Negeri dengan Jabatan Perundangan Sabah dan seterusnya dijadikan Timbalan Pendakwa Raya Umum. Selepas itu, Pairin menyertai sebuah firma guaman tempatan.

Tiada maklumat

Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P180 Keningau
  • PRU12- P180 Keningau
  • PRU13- P180 Keningau

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P180 Keningau N32 Tambunan
  • PRU12- P180 Keningau N32 Tambunan
  • PRU13- P180 Keningau N32 Tambunan
  • PRU14- P180 Keningau N32 Tambunan