Aaron Ago Anak Dagang

Datuk Aaron Ago Dagang menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan II bermula pada 10 Mac 2020. 

Beliau yang juga seoarang Ahli Parlimen kawasan Kanowit, mewakili Parti Rakyat Sarawak (PRS) dari Gabungan Parti Sarawak dalam komponen Perikatan Nasional di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Sebelum dipilih ke Parlimen, Dagang adalah setiausaha politik kepada Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie.

Kemudiannya bertanding bagi kerusi Kanowit Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 menggantikan Moggie yang tidak bertanding.

Selepas pilihan raya, pendaftaran parti Dagang iaitu Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) telah dibatalkan dan beliau menyertai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan kemudiannya Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Pada PRU 2008, beliau terus mengekalkan kedudukannya di kerusi Parlimen Kanowit dengan menang tanpa bertanding dan kini sudah empat penggal menerajui Parlimen tersebut dengan rekod tanpa kalah.

Melihat pelbagai kejayaan dan pembangunan dibawa ke kawasan Kanowit selain berbakti kepada masyarakat, Dagang menerima pingat Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan baginda pada 5 June 2010.


 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Kesihatan II bermula pada 10 Mac 2020
  • Ahli Parlimen Kanowit(2004-kini)
  • Bekas setiausaha politik kepada Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: PRS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P209 Kanowit
  • PRU12- P210 Kanowit
  • PRU13- P210 Kanowit
  • PRU14- P210 Kanowit

Kerusi Bertanding DUN: Tiada