Tan Sri Shahrir bin Abdul Samad (lahir 22 November 1949) merupakan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau juga pernah menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia (PAC) dan kini Ahli Parlimen Johor Bahru. Beliau juga merupakan bekas pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC). Beliau dilahirkan pada 22 November di Kuantan, Pahang.
Beliau adalah abang kepada Datuk Seri Khalid Abdul Samad, ahli politik Amanah yang juga merupakan ahli parlimen bagi Shah Alam.