Richard Riot Anak Jaem

Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem dari parti Gabungan Parti Sarawak merupakan Ahli Parlimen Serian sejak tahun 1995.

Rekod tidak pernah tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) itu membuatkan beliau amat disegani dan mendapat sokongan penuh dari masyarakat tempatan.

Ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dari Barisan Nasional ini dilahirkan pada 1 Disember 1967 dan telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Sri Mincha @ Kayen Lingeng.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Serian (1995-kini)
  • Menteri Sumber Manusia (2015 – 9 Mei 2018)
  • Bekas Timbalan Menteri Luar Negeri
  • Pengerusi Cawangan Serian Rakyat Bersatu Sarawak (1993-kini)
  • Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga Pemegangan dan Pemulihan Sarawak
  • Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (2007-2008)
  • Ahli Jawatankuasa Pusat, peringkat Negeri (Disember 1995)
  • Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
  • Penolong Setiausaha Agung dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
Pendidikan:
  • Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan Transformasi oleh Lim Kok Wing University
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Preston University, Amerika Syarikat
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Institut Pentadbiran Perniagaan Chartered (Ireland), Teoranta pada tahun 1994
  • Diploma Personil Pengurusan dari Cambridge Tutorial College, Jersey, Britain
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: SUPP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P199 Serian
  • PRU12- P199 Serian
  • PRU13- P199 Serian
  • PRU14- P199 Serian

Kerusi Bertanding DUN: Tiada