Tiong King Sing

Datuk Seri Tiong King Sing merupakan ahli Parlimen Bintulu sejak 1999 dan dilantik menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020.

Bagaimanapun beliau menolak dan tidak angkat sumpah jawatan tersebut.

Kemudian, beliau telah dilantik Duta Khas bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri ke China pada 20 April 2020. 

Di peringkat akar umbi, beliau merupakan setiausaha agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan pernah dilantik Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak pada 2013 hingga 2018.

Manakala di peringkat parlimen pula, beliau merupakan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dilantik pada 2008 hingga 2018.

Dalam kerjayanya, Tiong mempunyai kepentingan besar dalam dua syarikat Wijaya Baru Global Bhd dan Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd, yang menguasai Kuala Dimensi Sdn Bhd.

Namun pada masa sama,ahli perniagaan ini didakwa terlibat dalam skandal PKFZ seperti mana dilaporkan dalam media tempatan Cina.
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Duta Khas bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri ke China pada 20 April 2020
  • Ahli Parlimen Bintulu (1999-kini)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak(2013-2018)
  • Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC)(2008-2018)


 

Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: SPDP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P216 Bintulu
  • PRU12- P217 Bintulu
  • PRU14- P217 Bintulu

Kerusi Bertanding DUN: Tiada