Robert Lawson Chuat

Robert Lawson Chuat merupakan pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu merangkap Ahli Parlimen Betong sejak 2018.

Beliau menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 2006 terus bersatu dengan Parti Gabungan Sarawak dan menyokong Perikatan Nasional di peringkat persekutuan.

Bapa kepada lima cahaya mata ini juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban setelah menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2006.

Dilahirkan pada 14 Jun 1958, beliau mendapat pendidikan awal di Betong Sarawak sebelum memiliki diploma perniagaan dari Brighton Polytechnic, United Kingdom.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Betong (2018-kini)
  • ADUN Bukit Saban (2006-2016)
Pendidikan:
  • Diploma perniagaan dari Brighton Polytechnic, United Kingdom
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P204 Betong

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU DUN Sarawak 10- P204 Betong N32 Bukit Saban

Video Berkaitan Robert Lawson Chuat