Abg Abd Rahman Zohari Abg Openg

Maklumat Diri
Asal
Limbang, Sarawak
Tarikh lahir
4/8/1950
Pasangan
Datin Patinggi Jumaani Tuanku Bujang
Anak
Abang Abdillah Izzarim, Dayang Norjihan

Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg merupakan Ketua Menteri Sarawak yang keenam sejak 2017.

Beliau dilahirkan pada 4 Ogos 1950 di Limbang adalah Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap ADUN Satok selama sembilan penggal berturut-turut iaitu pada tahun 1981, 1983, 1991, 1996, 2001, 2006, 2011 dan 2016. 

Berikutan pengalaman luas dalam bidang politik, beliau ahli politik yang paling senior di dalam PBB dan di negeri Sarawak.

Anak bongsu kepada Tun Abang Openg Abang Shapie dan Toh Puan Dayang Masniah Abdulrahman mengikuti jejak langkah bapanya yang pernah dilantik Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama dari tahun 1963 hingga 1969.

Sebelum tertabit dalam arena politik, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) di Bahagian Perhubungan Korporat.

Beliau mula aktif dalam politik pada tahun 1977. Semasa dilantik Menteri Perindustrian dan Insfrastruktur Negeri, kadar pelaburan di Sarawak meningkat kepada lebih 10 bilion setahun. 

Bukan sahaja dikagumi oleh kebanyakan masyarakat Melayu, malahan amat disenangi oleh para pelabur asing dan tempatan.

Selepas Pilihan Raya Negeri ke-8 pada tahun 2001, beliau sekali lagi diberi kepercayaan sebagai Menteri Pelancongan Negeri sehingga rombakan kabinet negeri besar-besaran pada tahun 2004 yang memaksa beliau untuk bertukar ke portfolio Perumahan Sarawak. 

Tidak seperti ahli Dewan Undangan Negeri yang lain di Sarawak beliau amat gigih dalam mempertahankan nasib pengundi-pengundi beliau di DUN Satok.

Pada Pilihan raya edisi kesembilan 2006, beliau yang mewakili PBB di atas tiket Barisan Nasional (BN) sekali lagi mempertahankan kerusi DUN Satok dengan majoriti 2,798 undi mengalahkan lawannya Mohamad Jolhi daripada Parti Keadilan Rakyat.

Beliau berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia politik, merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan Satem, selain Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Beliau pernah memegang portfolio Menteri Perumahan dan Urbanisasi, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Pada Pilihan Raya Umum ke 11, Abang Abdul Rahman dari Barisan Nasional (BN) menang dengan jumlah 6,854 selepas menewaskan Mohammad Salleh Shawkatali daripada PKR memperoleh 1,809 dengan jumlah majoriti 8,803.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ketua Menteri Sarawak ke-6 (2017-kini)
  • ADUN Satok (1983-kini)
  • Menteri Perumahan dan Urbanisasi (2001) 
  • Menteri Pelancongan Negeri (2001)
  • Menteri Perumahan dan Urbanisasi, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
  • Menteri Perindustrian dan Insfrastruktur Negeri, kadar pelaburan

Jawatan disandang dalam politik;

  • Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) (2017-kini)
Pendidikan:
  • Ijazah sarjana dalam Pengurusan Perniagaan dari Universiti Brunnel, United Kingdom
  • Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph Kuching
  • Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 10- P194 Petra Jaya N8 Satok
  • PRN DUN Sarawak 11- P194 Petra Jaya N8 Satok
  • PRN DUN Sarawak 12- P200 Batang Sadong N26 Gedong

Artikel Berkaitan Abg Abd Rahman Zohari Abg Openg

Video Berkaitan Abg Abd Rahman Zohari Abg Openg