Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim merupakan Ahli Parlimen Batang Lupar merangkap penasihat khas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dilantik pada Mei 2020.
Beliau mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari Barisan Nasional(BN) dilahirkan pada 3 Januari 1955.
Sebelum ini, beliau pernah diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (8 Mac 2008 - 3 April 2009) serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (9 April 2009 - 5 Mei 2013).
Beliau juga merupakan wanita Sarawak pertama untuk mengetuai suatu kementerian penuh, iaitu Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (16 Mei 2013 - 10 Mei 2018).
Berpengalaman dalam dunia politik sejak memenangi kerusi Parlimen Santubong pada 1990 dan terus bergiat aktif menyantuni masyarakat.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1994 dan 1999, beliau masih mampu untuk mempertahan kerusi Parlimen Santubong.
Kemudian PRU 2004 pula, beliau telah bertukar kawasan bertanding ke Batang Lupar, Sri Aman Sarawak, iaitu tempat beliau dilahirkan, dan menang tanpa bertanding.