Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Maklumat Diri
Asal
Kampung Pendam, Sadong, Sarawak
Tarikh lahir
1/2/1946
Pasangan
Datin Seri Feona Sim Abdullah
Anak
Mempunyai 3 orang anak

Empat penggal dipilih menjadi Ahli Parlimen Santubong atas tiket Barisan Nasional (BN) tentunya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar salah seorang figura yang disayangi rakyat Sarawak. 

Beliau sebenarnya calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan parti komponen BN di Sarawak.

Bagaimanapun, sebaik memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang diadakan pada 9 Mei 2018, empat parti komponen menarik diri daripada gabungan.

Pada Jun 2018, empat parti komponen BN di Sarawak, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak United Peoples’ Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) menarik diri daripada gabungan itu setelah bersama sejak 1974.

Kini, keempat-empat parti itu dikenal dengan nama baharu iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan kekuatan 18 Ahli Parlimen.

Pada PRU 14, Wan Junaidi menang dengan mendapat 26,379 undian ketika menentang Mohamad Fidzuan Zaidi daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 6,894 undi. 

Majoriti undi sebanyak 19,485.

Pada usia 74 tahun, beliau kini menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sejak 10 Mac 2020 lalu.

Bekas Ahli Parlimen Batang Lupar ini pernah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat (Timbalan Speaker Dewan Rakyat) pada tahun 2008.

Wan Junaidi juga pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri pada 2013.

Beliau pernah menjadi ketua platun Pasukan Polis Hutan berpangkat inspektor. 

Beliau bertempur dengan komunis antara tahun 1969 hingga 1973 sebelum menjadi peguam.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2020)
  • Ahli Parlimen Santubong (sejak 2004)
  • Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri (2013-2015)
  • Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (2015-2018)
  • Timbalan Speaker Dewan Rakyat (2008-2013)
  • Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, Sarawak (2001-2006)
  • Ahli Parlimen Batang Lupar (1990 - 2004)
  • Ketua Pegawai Pendakwa PDRM (1982-2001)
  • Pegawai Polis pangkat Penolong Penguasa (1967-1982)

Jawatan dalam parti:

  • Ahli Majlis Tertinggi PBB (2007 hingga kini)
  • Ahli Jawatankuasa Bahagian, Pemuda PBB (1983)

Pembabitan dalam badan bukan kerajaan:

  • Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia Sarawak

Buku yang dihasilkan:

  • Evolusi Parlimen dan Evolusi Speker Parlimen Malaysia (DBP, 2010)
  • Falsafah Moral Ilmu Berpengakap (DBP, 2007)

Anugerah:

  • Darjah Gemilang Seri Melaka (2017)
  • Panglima Negara Bintang Sarawak (2014)
  • Panglima Jasa Negara (2003)
  • Johan Setia Mahkota Malaysia (2000)
  • Pingat Pangkuan Negara (1987)


 

Pendidikan:
  • Ijazah Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan, Southern California University
  • Barrister-at-Law, Lincoln’s Inn London
  • Ijazah Undang-Undang, Universiti Buckingham, UK
  • Madrasah Rakyat, Kampung Pendam
  • Madrasah Melayu
  • Sekolah Rakyat, Kampung Pendam 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P193 Santubong
  • PRU12- P193 Santubong
  • PRU13- P193 Santubong
  • PRU14- P193 Santubong

Kerusi Bertanding DUN: Tiada