KR Parthiban

Parthiban A/L Karuppiah adalah ahli politik dan juga dari MIC,parti komponen Barisan Nasional (BN). Beliau merupakan setiausaha parti Tanjung Karang dari tahun 2002. Pada tahun 2003, beliau telah dilantik sebagai pegawai khas untuk Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Noh Omar. Beliau telah dicalonkan pada PRU13 pada 5 Mei 2013 mewakili BN di Dun Ijok. Kini penyandang Koordinator BN Dun Ijok.

Jawatan yang pernah disandang

  • 1994 - 2006: Guru di Tanjung Karang dan Kuala Selangor
  • 2002: Setiausaha parti Tanjung Karang
  • 2003: Pegawai khas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Noh Omar
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: MIC
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P96 Kuala Selangor N10 Bukit Melawati
  • PRU13- P96 Kuala Selangor N11 Ijok
  • PRU14- P96 Kuala Selangor N11 Ijok

Pendidikan

  • Kolej Latihan Guru Seri di Kuala Lumpur
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (B.Sc.) dari Universiti Malaya
  • Sarjana Pendidikan (M.Ed.) dalam Pendidikan Pengurusan