S Subramaniam

Datuk Seri Dr S Subramaniam dilahirkan pada 1 April 1953 merupakan bekas Ahli Parlimen Segamat dan juga bekas parti Presiden Kongres India Malaysia MIC. 

Beliau juga pernah dilantik menjadi Menteri Sumber Manusia pada 2008 dan Menteri Kesihatan pada 2013.

Memulakan kerjaya politiknya sebagai Pengerusi Cawangan MIC di Melaka,  beliau pernah berkhidmat di Kementerian Kesihatan di Hospital Daerah di Taiping, Perak selepasa tamat pengajian Sarjana Muda Pembedahan Universiti Kebangsaan Singapura.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Klinik Swasta (Dimiliki) Klinik Kulit Subra, Melaka 1985
  • Pegawai Perubatan, Hospital Besar, Melaka 1982
  • Pegawai Perubatan, Hospital Umum, Tangkak, Johor 1981
  • Pegawai Perubatan, Hospital Daerah, Taiping, Perak 1980
  • Pegawai Perubatan Pelatih, Hospital Daerah Taiping, Perak 1978

Jawatan yang pernah disandang dalam kabinet;

  • Menteri Kesihatan (16 Mei 2013 - 2018)
  • Menteri Sumber Manusia Mac 2008 - April 2013
  • Setiausaha Parlimen, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan April 2004 - Mac 2008

Jawatan disandang dalam politik;

  • Presiden, Kongres India Malaysia (MIC) (2015-2018)
  • Ahli Parlimen Bagi Segamat (2004-2018)
  • Jawatankuasa Kongres MIC Negeri Melaka berkhidmat sebagai Setiausaha Agung MIC

 

Pendidikan:
  • Sarjana Muda Pembedahan Universiti Kebangsaan Singapura 
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Kebangsaan Singapura (1978)
  • Diploma Dermatologi Universiti Wales (UK) (1994)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: MIC
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P140 Segamat
  • PRU14- P140 Segamat

Kerusi Bertanding DUN: Tiada