Wee Jeck Seng

Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, 56, menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sejak 10 Mac 2020.

Dilahirkan pada 20 April 1964 merupakan ketua bahagian MCA Tanjung Piai graduan dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Penyandang Ahli Parlimen selama tiga penggal ini berkelulusan ijazah Doktor Falsafah (pengurusan awam) dari UUM dan ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan dari Universiti Sunderland. 

Beliau juga merupakan bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Seri Lim Joo Hon @ Lin Ruyun dikurniakan tiga cahaya mata.

Bagi Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau berjaya ditewaskan oleh calon melayu dari Parti PPBM, Datuk Wira Dr. Mohamed Farid Md Rafik dengan majoriti 524 undi yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang lebih sengit berbanding dengan siri-siri PRU yang lepas.

Kemudian beliau mewakili Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi, menewaskan pencabarnya iaitu calon Pakatan Harapan, Hj Karmaine Saidini yang memperoleh undi sebanyak 10,380 pada 16 November 2019.
 

Pencapaian
Kerjaya:

Jawatan disandang dalam politik;

  • Timbalan Setiausaha Agung MCA (2014-2018)
  • Pengerusi Bahagian MCA Tanjung Piai (sejak 2008)
  • Ahli Jawatankuasa Pusat MCA (2008-2018)

Pengalaman

  • Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (2020-kini)
  • Ahli Parlimen Tanjung Piai (2019-kini)
  • Ahli Parlimen Tanjung Piai (2008-2018)
  • Timbalan Menteri Belia dan Sukan (2008-2018)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri Pekan Nenas (2004-2008)
  • Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1999-2006)
  • Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Dalam Negeri (1995-1999)
Pendidikan:
  • Ijazah Kedoktoran Pengurusan Awam, Universiti Utara Malaysian (UUM)
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam UUM
  • ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan dari Universiti Sunderland
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: MCA
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P165 Tanjong Piai
  • PRU12- P165 Tanjong Piai
  • PRU13- P165 Tanjong Piai
  • PRU14- P165 Tanjung Piai
  • PRU14- P165 Tanjung Piai

Kerusi Bertanding DUN: Tiada